Ilmu linguistik terbahagi kepada beberapa jenis
berdasarkan disiplin yang berhubungan dan menjadi tumpuan penyelidikan dan
pengkajian tertentu terhadap bahasa yang dikaji dan diselidiki itu. Salah satu
jenis yang disenaraikan adalah stilistik. Untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai stilistik, kita perlu memahami terlebih dahulu pengertian yang
dikemukakan mengenai stilistik.
Stylistics in its most general sense refers to the application of
linguistic techniques to the study of particular kinds of language current
within a given speech community, such as the language of science, of law, of
religion, of debate, or of literature, or the language of different social
classes.
David Crystal (1985)
Berdasarkan maksud yang dinyatakan oleh David Crystal (1985), dapatlah
disimpulkan bahawa stilistik merupakan gaya bahasa yang merujuk kepada jenis teknik
kajian linguistik tertentu semasa bahasa digunakan dalam ucapan masyarakat,
seperti bahasa sains, undang-undang, agama, debat, atau sastera,
atau bahasa kelas sosial yang berbeza.
Stilistik atau kajian bentuk boleh dibahagikan kepada dua perkara. Pertama,
kajian tentang kelainan bahasa yang
mengandungi bentuk gaya bahasa pengulangan,
penyirnaan, perbandingan,pertautan dan pertentangan.
Kelainan bahasa juga termasuk peribahasa, sindiran dan gaya retorik. Ciri yang
keduanya ialah pemakaian bahasa yang
termasuk segala yang tercakup dalam linguistik seperti fonologi, morfologi,
sintaksis dan semantik.
bolehkah anda berkongsi dengan sy sumber rujukan yang anda gunakan ni? Terima kasih
ReplyDeleteBolehkah penulis berkongsi sumber rujukan yang digunakan dalam huraian di atas..
ReplyDelete