Sunday 4 November 2012

Pengertian stilistik


Ilmu linguistik terbahagi kepada beberapa jenis berdasarkan disiplin yang berhubungan dan menjadi tumpuan penyelidikan dan pengkajian tertentu terhadap bahasa yang dikaji dan diselidiki itu. Salah satu jenis yang disenaraikan adalah stilistik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai stilistik, kita perlu memahami terlebih dahulu pengertian yang dikemukakan mengenai stilistik.

Stylistics in its most general sense refers to the application of linguistic techniques to the study of particular kinds of language current within a given speech community, such as the language of science, of law, of religion, of debate, or of literature, or the language of different social classes.
                                                                                                     David Crystal (1985)

Berdasarkan maksud yang dinyatakan oleh David Crystal (1985), dapatlah disimpulkan bahawa stilistik merupakan gaya bahasa yang merujuk kepada jenis teknik kajian linguistik tertentu semasa bahasa digunakan dalam ucapan masyarakat, seperti bahasa sains, undang-undang, agama, debat, atau sastera, atau bahasa kelas sosial yang berbeza.
Stilistik atau kajian bentuk boleh dibahagikan kepada dua perkara. Pertama, kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya bahasa pengulangan, penyirnaan, perbandingan,pertautan dan pertentangan. Kelainan bahasa juga termasuk peribahasa, sindiran dan gaya retorik. Ciri yang keduanya ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakup dalam linguistik seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.




2 comments:

  1. bolehkah anda berkongsi dengan sy sumber rujukan yang anda gunakan ni? Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Bolehkah penulis berkongsi sumber rujukan yang digunakan dalam huraian di atas..

    ReplyDelete