Sunday 4 November 2012

Definisi Linguistik

Abdullah Hassan (1989) menyatakan bahawa linguistik itu suatu ilmu pengkajian terhadap bahasa yang dilakukan secara saintifik. Pendapat yang dikemukakan oleh beliau sama dengan pandangan David Crystal (1985) iaitu  linguistics is the scientific way of studying language. Ini menunjukkan bahawa bahasa-bahasa yang dikaji dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun dan mempunyai organisasi sendiri.
              Sementara, menurut Verhaar (1993) dalam Abdullah Yusuf (2010), linguistik adalah satu kajian ilmu bahasa. Kajian ilmu bahasa ini adalah sangat luas. Ia merangkumi bidang linguistik secara khusus. Bidang linguistik ini juga termasuklah linguistik jati yang memberi huraian atau deskripsi tentang sesuatu bahasa tanpa kaitannya dengan bidang lain dan linguistik terapan, iaitu mengkaji segala bidang ilmu linguistik yang dikaitkan dengan bidang lain.
             Dapatlah disimpulkan bahawa linguistik merupakan satu bidang yang luas yang mengkaji tentang bahasa serta memerlukan kajian yang mendalam dan teliti dengan memberi penekanan kepada bidang kajian bahasa serta menghubungkaitkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain. 

No comments:

Post a Comment